Thursday, January 4, 2018

Kerja Sendiri VS Makan Gaji

Adakah kerja sendiri lebih baik? Adakah makan gaji lebih baik dari kerja sendiri? Fikir-fikir nanananana...

Gambar 5 sen sebagai hiasan.

Mari kita tengok perbezaannya.

Saya buat perbandingan seandainya orang yang bekerja sendiri tak lingkup dan tempat kerja orang yang makan gaji pun tak lingkup. Paling dahsyat pun rugi je. Tak nak cerita pasal muflis kat sini. OK jom teruskan baca.

Masa kerja ?

Kerja sendiri - Pilih atau rancang masa kerja sama ada perlu dikurangkan atau dilebihkan. Kalau main game masa tak sibuk sewaktu berniaga pun tak dikira makan gaji buta. Sendiri bos sendiri pekerja.

Makan gaji - Ikut jadual kerja dan tak boleh buat benda lain tanpa kebenaran orang atasan. Kalau main game atau buat benda lain masa bekerja dikira makan gaji buta. Habis time rehat walaupun tak sibuk tetap kena buat kerja atau standby untuk bekerja jugak.

Kerja untuk siapa ?

Kerja sendiri - Bekerja untuk diri sendiri. Bila bisnes dah makin maju, cari pekerja pulak.

Makan gaji - Bekerja untuk orang atasan sama ada tempat kerja dapat untung lebih atau rugi.

Pendapatan ?

Kerja sendiri - Tengok hasil bisnes. Boleh jadi lebih dan boleh jadi kurang.

Makan gaji - Setiap bulan dapat gaji. Cukup masa nanti boleh dapat kenaikan gaji, bonus, elaun, OT (over time), etc. 

Populariti ?

Kerja sendiri - Makin lama berniaga makin ramai kenal anda sebagai pemilik perniagaan yang berpengalaman. Semakin mudah untuk dapatkan lebih ramai pelanggan.

Makan gaji - Makin lama bekerja makin ramai kenal anda sebagai pekerja makan gaji yang berpengalaman. Semakin mudah untuk diterima kerja di tempat lain dengan tawaran gaji yang lebih tinggi.

Waktu cuti ?

Kerja sendiri - Cuti tanpa gajilah kalau kerja sendiri. Kalau boleh tak nak cuti langsung, nak bisnes on 24 jam seminggu. Seboleh-bolehnya nak ada pekerja tolong handle bisnes walaupun terpaksa bayar dorang gaji lebih. Barulah syok nak bercuti.

Makan gaji - Boleh mintak cuti guna annual leave atau medical leave. Cuti tapi dapat gajilah bergantung pada tempat kerja. Kalau kerja ikut orang berniaga pasar malam dapat annual leave/medical leave? OKlah biasanya orang kerja makan gaji dapat cuti seminggu sekali atau dua kali. Pekerja gomen kat Johor dan negeri-negeri tertentu cuti pada hari Jumaat dan Sabtu. Pekerja Swasta pulak bukan semua dapat cuti Sabtu dan Ahad. Ada yang terpaksa OT memanjang sebab tak cukup orang so susah nak dapat cuti.

Bila dah tua?

Kerja sendiri - Dah mula buat wasiat bagi keturunan sendiri atau orang yang bijak dan amanah untuk sambung bisnes. Duit berbillion-billion bukan boleh bawak masuk kubur. Biarlah orang yang masih hidup lak sambung bisnes. Duit dah banyak sangat masa ni walaupun tak buat bisnes lagi.

Makan gaji - Dapat duit pencen atau EPF.

Cukuplah setakat tu perbezaan antara orang kerja sendiri dan orang kerja makan gaji. Lepas ni saya nak bagitau persamaan dorang lak.

Persamaan ?

Kerja sendiri - Mencari rezeki.
Makan gaji - Mencari rezeki.

Tak kira pendapatan tinggi atau rendah sebab tujuannya sama je. Nak cari rezeki! Ada orang cari rezeki dengan bekerja sendiri dan ada juga dengan bekerja makan gaji. Dua-dua pun tak salah cuma saya lebih suka kerja sendiri.

No comments:

Post a Comment

Komen yang baik dilayan dengan baik. Terima kasih.