Saturday, August 26, 2017

Ambil untung dari Mayweather VS Mcgreggor

Mahal perlawanan ni kalau nak tengok live. Kalau nak tengok boxing mayweather vs mcgregor online kena guna internet laju berdesup-desuplah. Guna yang quota tinggi atau yang unlimited punya internet. Kalau kat astro, kena bayarlah ikut dorang punya pay per view.

Live boxing Mayweather vs Mcgregor on Astro
Macam mana nak ambil untung dari perlawanan ni?


Kalau anda pemilik kedai makan atau restoran memang sesuailah gunakan peluang ni. Anda tempah je la Pay-per-view perlawanan ni kat Astro. Insha Allah ramai yang singgah makan kat kedai anda.

Kalau ada pemilik kedai makan kat JB beli pass pay per view boxing Mayweather vs Mcgregor, saya sendiri pun nak singgah. Sambil makan minum boleh layan perlawanan termahal yang dinantikan orang ramai seluruh dunia. Kalau bukan peminat boxing atau MMA (mixed martial arts) memang tak kenal siapa dorang ni.

Mayweather vs Mcgregor di T-Mobile Arena, Nevada, USA.

Conor Mcgregor dengan rekod MMA 21-3 ialah pemegang dua tali pinggang juara bagi kelas lightweight dan welterweight. Kalah tiga kali pun sebab kena submit. Kira belum pernah kalah KO lagi Mcgreggor ni.

Floyd Mayweather tak pernah kalah dalam karier boxing. Rekod dia 49-0. Sebelum ni pernah kalahkan Manny Pacquio juara boxing dari Filipina. Dari segi pengalaman boxing menang Mayweather berbanding Mcgregor.

Kalau dorang lawan ikut rules MMA memang kalah teruklah  Mayweather. Tapi ini boxing, Mcgregor first time lawan boxing ni. Kalau dia boleh gunakan tangan dia yang panjang untuk jaga jarak mungkin ada peluang menang. 

Jangan pandang rendah Mayweather walaupun reach dia kurang. Ada cara nak dekatkan jarak dalam boxing. Rekod boxing 49-0 tu bukan main-main.

Dijangkakan Mayweather paling kurang dapat 100 juta US dollar dari perlawanan ni. Mcgregor pulak dijangkakan paling kurang dapat 75 juta US dollar. Jumlah yang Mcgregor sendiri tak pernah dapat sepanjang dia berlawan dalam UFC (Ultimate Fighting Championship). Jumlah sebenar dorang dapat nanti belum confirm lagi. Kena tunggu habis perlawananlah nanti.

Pemilik-pemilik kedai makan di JB tunggu apa lagi? Belilah pass Mayweather vs Mcgregor. Sukan Sea Malaysia? Bukan pandang rendah tapi boxing match Mayweather VS Mcgregor lagi dinanti-nantikan. Sukan Sea bole tengok kemudian.

Ada lagi beberapa jam sebelum perlawanan ni mula. Tarikh perlawanan ikut waktu Malaysia 27 Ogos 2017. Kalau ikut USA date 26 August 2017. Masa perlawanan? Ikut Astro Malaysia pukul 9 pagi tapi kat USA waktu malamlah perlawanan dorang.

Ramai nak tengok perlawanan dorang ni. Rugi kalau pemilik restoran tak amik peluang ni. Ada cara lain lagi nak amik untung dari perlawanan ni?

P/s : Sokong siapa menang Mayweather vs Mcgregor?

Sumber

No comments:

Post a Comment

Komen yang baik dilayan dengan baik. Terima kasih.