Sunday, July 2, 2017

Bisnes fidget spinner boleh?

Saya tahu pasal fidget spinner masa berniaga kat bazaar. Nampaklah budak-budak letak benda berputar-putar atas jari. Masa ni tak tahu lagi apa nama benda ni.

Gambar fidget spinner credit to toptrenz
Ok ke kalau jual fidget spinner?

Ada pros dan cons nak jual fidget spinner. Ingat yoyo? Kereta tamiya? Time musim dia memangla mahsyuk siapa yang jual masa tu. Sekarang bukan takde langsung cuma tak sehangat fidget spinner. Kebaikannya ialah jual time2 tengah hot macam sekarang ni. Keburukannya? Mainan macam ni biasanya bermusim so ada masa nanti produk lain lak yang jadi trend.

Macam biasa kalau nak jual kena buat sendiri atau cari pembekal. Nak senang cari paling murah kena pergi China. Calang-calang orang nak pergi sendiri ke sana borong banyak-banyak.

Secara online try buka website alibaba, aliexpress, taobao(bahasa cina sepenuhnya). Masalahnya nak cari supplier yang dipercayai. Ini pun nak kena belajar dari orang yang dah biasa berurusan dengan supplier China secara online.

Saya cadangkan baca startupbros. Dalam website tu ada info cara-cara nak cari supplier yang bagus. Di antaranya jangan berurusan dengan supplier China yang tak boleh jual produk dalam kuantiti yang kecil. Jangan percaya kalau dia nak gunakan selain paypal sebagai bayaran. Ada banyak lagi info kat blog tu.

Gunakan teknik dari blog startupbros untuk dapatkan fidget spinner murah dan terbaik dari China. Kalau anda ada cara lain yang lebih baik untuk borong fidget spinner, jom kongsikan.

2 comments:

  1. waktu musim ramadhan hari tu ramai sangat yang menjual fidget spinner ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab itulah ramai budak-budak main fidget spinner masa bulan puasa kan.

      Delete

Komen yang baik dilayan dengan baik. Terima kasih.