Sunday, December 25, 2016

86 idea perniagaan

Bagi sesiapa yang masih buntu sebab takde idea nak berniaga apa, sila baca entri ni. Mudah-mudahan korang dapat manfaat dari 86 idea perniagaan yang aku kongsikan.


Tanpa buang masa jom baca dan kaji 86 idea memulakan bisnes bawah RM3000.



1. Air bancuh (guna pes atau serbuk)
Air bancuh apa yang best? Air teh atau kopi? Air anggur atau sirap? Ada banyak perisa air bancuh ni. Pes atau serbuk untuk buat air bancuh pun senang cari kat hypermarket/supermarket.

2. Air buah
Sebagai alternatif boleh try jual air jus buah naga, jus mangga dan buah-buahan lain. Tak semestinya mesti jual air kelapa muda je. Air jambu bubuh asam boi pun sedap jugak.

3. Air tebu
Tak sesuai nak masukkan air tebu dalam kategori air buah. Air tebu ni siap dijual dalam botol lagi. Memanglah tebu ni sejenis tanaman tapi tebu ni buah ke? Kena tanya otai tebu ni.

4. Susu
Susu lembu ada, susu kambing pun ada. Susu ni boleh dipelbagaikan perisa. Contohnya susu coklat dan strawberry. Susu cair dengan susu pekat pun susu jugak...

5. Air batu campur
Siapa kat Malaysia tak kenal ABC atau air batu campur? Air batu dikisar guna alat khas dia yang warna hijau tu barulah klasik. Lepas tu letak sirap, jagung, kacang merah, susu pekat dan tambahlah perisa coklat ke, aiskrim ke bagi lagi sedap ABC tu.

6. Ice blended
Ais yang dikisar guna blender campur sekali dengan gula dan perisa coklat jadilah ice blended coklat. Try jual secara kecil-kecilan dari rumah. Pelbagaikan perisa ice blended. Ice blended oreo coklat satu!

7. Aiskrim
Budak-budak cukup suka makan aiskrim. Mak bapak budak pun apa kurangnya. Aiskrim ada macam-macam jenis di antaranya aiskrim kon, aiskrim mangkuk, aiskrim Malaysia dan aiskrim goyang. Cara jual terpulang sama ada jual dari rumah je atau luar rumah contohnya kat pasar malam. Boleh jugak jual secara bergerak naik motor je.

8. Dadih
Kalau nak jual dadih kena letak dalam kotak penuh dengan ais. Buat banyak perisa supaya nampak macam-macam color untuk tarik perhatian pelanggan. Namun, kebanyakan penggemar dadih lebih suka perisa coklat.

Jelly kelapa

9. Jelly
Jelly kelapa di antara yang paling terkenal di Malaysia. Cubalah kelainan buat jelly mangga, jelly tembikai, jelly jambu, jelly buah-buahan dan lain-lain.

10. Kuih
Macam-macam jenis kuih boleh dijual. Kuih kukus je ada macam-macam jenis contohnya kuih seri ayu, kuih kusoi, apam gula merah, apam pisang dan lain-lain. Itu belum lagi kuih yang digoreng atau direbus..Kuih rebus? Kuih raya? Hentam sajalah!

11. Roti
Roti keluar dari oven ke, roti yang ditebar ke.. Ada permintaan yang luas. Tak semestinya jual roti yang berinti je. Tak semestinya jual roti canai sama ada panas-panas atau yang frozen je. Cuba jual roti khas untuk buat burger atau roti john. Bagi harga istimewa untuk penjual burger dan roti john. Insha Allah berjaya.

12. Pizza
Kat pasar malam pun ada orang jual pizza. Buatlah perkhidmatan siap hantar sampai depan rumah. Bagi diskaun untuk student, warga emas, OKU.. Fikirkan lagi cara nak kembangkan bisnes pizza.

13. Kek
Kek apa nak? Kek batik, kek coklat, kek lapis, cupcake, muffin dan macam-macam lagi jenis kek asalkan tak sengkek. Sengkek tak termasuk dalam kategori kek.

14. Nasi
Nasi pun ada macam-macam jenis. Nasi putih, nasi lemak, nasi goreng, nasi briyani, nasi tomato, nasi jagung, nasi kerabu...ada banyak jenis nasilah. Transform nasi tu jadi bubur pun ok jugak.

15. Lauk
Ada tak orang beli lauk je tak beli nasi? Ada....

16. Mee
Takkan buat mee goreng je, meh kita luaskan lagi perniagaan mee. Ada mee rebus, mee bandung, mee kari, mee sup... Kalau dapat buat mee sendiri pun Ok jugak.

17. Bihun
Kat pasar malam ada orang jual. Kalau cari sarapan tepi jalan pun ada orang jual. Bihun goreng, bihun soto, mee singapore... Mee singapore pun guna bihun jugak siap ada kuah taucu.

18. Kuey teow
Kuey teow basah satu! Kuey teow goreng bubuh isi kerang fuhhh sedapnya. Guna isi ayam pun sedap jugak.

19. Murtabak
Di antara menu yang dicari di bulan puasa! Kalau bulan tak puasa pun, ada je yang mencari murtabak. Murtabak ayam atau murtabak daging? Jual murtabak jangan setakat bagi kuah je, kepingan bawang pink color pun kena bagi jugak barulah sedap!

20. Buah-buahan
Jual buah pun laku kalau harga berpatutan dan kena pada tempatnya. Kelapa muda yang semakin mahal pun masih ada yang mencari. Anyway kena tengoklah ada buah bermusim so kena jual ikut musim dia je. Nak jual ikut timbang ke atau nak jual siap potong pun boleh. Kurma pun kategori buah jugak kan.

21. Ayam
Permintaan ayam di Malaysia memang tinggi. Tak kira sama ada jual ayam hidup, ayam mentah atau ayam dah siap masak insha Allah sentiasa ada permintaan. Ayam percik, ayam gunting, ayam goreng dan ayam golek di antara kategori ayam ready to eat yang popular di Malaysia.

22. Telur
Telur ayam pun tinggi permintaannya. Time harga tengah mahal pun orang beli jugak. Jangan lupa kaji jugak pasaran telur itik. Kalau buat pisang goreng ada campur telur itik lagi sedap dari yang campur telur ayam. Jangan pandang rendah telur puyuh sebab ada permintaan jugak. Luas betul pasaran telur ni.

23. Ikan
Ikan bakar? Ikan goreng? Ikan masin? Ikan rebus? Ikan bilis? Kalau selalu makan ayam pun bole naik muak so di sinilah penjual ikan menjalankan peranannya. Selain jual ikan kat pasar bole jugak try jual kat peniaga nasi berlauk dan peniaga ikan bakar pada harga yang dorang susah nak tolak. Kalau nak lebih kreatif try buat patty ikan dan supply kat peniaga burger untuk jual burger ikan. Buat patty ikan frozen dalam kuantiti kecil untuk tengok permintaannya. Mungkin ada suri rumah, orang bujang atau sesiapa je yang berminat?

24. Sotong
Asyik ayam gunting je. Kali ni sotong guntinglah pulak. Kalau tak nak jual sotong gunting, jual taloyaki. Takoyaki inti sotong Ok? Bukan inti crab stick atau ayam. Sotong apa lagi mau? Sotong goreng, sorong panggang, sotong mentah dan yang sewaktu dengannya.

25. Udang
Udang galah mahal tapi kalau kena tempatnya memang senang-senang terjual. Biasanya restoran mewah atau hotel 5 star memang nak udang galah atau lobster ni. Udang kering pulak ada permintaan dari kalangan pembuat mini popia. Selain tu udang apa lagi yang boleh dijual? Fikir fikir..

26. Kelapa tua
Kita boleh dapat kelapa parut dan santan dari kelapa tua. Kulit atau sabut dia pun ada gunanya. Kalau nak jual kelapa tua sebiji macam tu je boleh jugak. Susah betul harga kelapa tua nak turun sebab permintaan tinggi so rebutlah peluang ni. Kelapa tua ni buah jugak kan? Hmm..

27. Sayur-sayuran
Di antara bahan mentah yang selalu dicari oleh tauke kedai makan, peniaga tepi jalan, suri rumah, vegetarian, chef dan penggemar2 sayur. Kualiti sayur kenalah jaga, jangan jual yang dah layu.

28. Tempe
Kat Malaysia ni banyak penggemar tempe. Boleh jugak jadi supplier tempe untuk peniaga2 kat pasar. Peniaga nasi ambang dengan nasi ayam penyet pun mencari tempe. Cubalah buat secara kecil-kecilan dari rumah, insha Allah sukses.

29. Tahu/tofu
Tak semestinya jadi supplier hantar kat kedai atau pasar je. Tahu bakar dan tahu sumbat di antara makananan yang ada permintaan. Kalau nak jual tahu bakar tu buatlah kuah dia betul-betul sedap barulah ramai mencari. Taufufa satu!

30. Kacang
Kacang rebus, kacang putih, kacang hijau, kacang kulit dll. Tinggal pilih je nak jual kacang apa. Ada orang jual kacang rebus kulit secara bergerak guna motorsikal.

31. Kerepek
Macam-macam jenis kerepek ada. Sebagai contoh, ambil kerepek dari kilang kat Batu Pahat pastu jual sendiri di tempat lain. Kalau nak buat sendiri lagi untung tapi penatlah. Kerepek ni biasanya tahan dalam 2 atau 3 bulan so kalau tak terjual hari ni boleh jual esok, lusa, tulat, minggu depan.

32. Keropok
Keropok lekor! Biasa peniaga amik dari Terengganu sebab murah dan sedap. Keropok selain lekor pun sedap jugak. Kalau nak jual keropok yang kering pun boleh je. Keropok ikan cicah sos cili sedap sampai jilat jari. Keropok udang pun jangan dipandang rendah. Pelbagaikan lagi jenis-jenis keropok.

33. Otak-otak
Kalau kat Johor Bahru, peniaga biasa order dari Kempas. Boleh jual yang dah siap bakar/panggang atau jadi pembekal. Permintaan? Kalau kena tempatnya insha Allah laris.

34. Sate
Nak jual kat pasar boleh, nak jual secara bergerak naik motor pun boleh, nak jual guna foodtruck pun boleh jugak. Terima tempahan untuk sebarang majlis pun boleh. Kalau kuahnya sedap dan sate pun sedap tak keras berdentung insha Allah ramai yang mencari.

35. Lemang
Permintaan tinggi di bulan puasa terutama dekat nak raya. Siap ada orang jual tepi jalan masa raya pertama sampai ketiga. Kalau ada yang jual lemang sepanjang bulan Syawal tu memang peniaga tegar tu. Walaupun lemang ni makanan yang bermusim tapi boleh jugak buat tambah idea perniagaan.

36. Pisang goreng
Petang-petang orang mencari pisang goreng. Kalau jual pisang goreng kat Johor kena ada kicap dia baru sedap. Bukan main hentam guna kicap dari botol macam tu je tapi kenalah campur cili padi, gula, bawang putih dengan cuka atau perahan limau secukup rasa. Itu bahan asas kicapnya tapi mungkin otai pisang goreng ada bahan atau caranya yang tersendiri untuk bagi kicap tu lagi sedap. Kalau berniaga pisang goreng luar Johor lagi senang tak payah buat kicap dia. Pisang goreng cheese pun tak payah kicap jugak. Biasa orang jual petang tapi kalau nak try jual pisang goreng awal pagi untuk sarapan pun boleh jugak mana tahu laris manis.

37. Burger
Kalau orang makan burger tu bergembira maknanya sedaplah burger tu. Biasa orang jual dari petang sampai ke malam. Pelbagaikan burger tu bukan setakat banjo, burger ayam atau daging je. Burger special siap ada keju pun sedap jugak. Tempat berniaga burger memainkan peranan. Masa penyediaan burger pun memainkan peranan yang penting. Trylah burger petak ke, burger bakar ke, burger gergasi ke.. Kalau kena tempatnya tak mustahil bergembira dan bergemerlapanlah hasil jualan burger.

38. Kebab
Kenapa jual kebab? Sebab kebab sedap. Kipidap jual kebab sedap. Ada tak orang jual kebab letak cheese?

39. Roti john
Roti john cheese daging satu! Janganlah jual roti john ayam je. Jual sekali roti john daging. Ada peniaga nak senang jual roti john ayam je.. Terpulanglah hak masing-masing sebagai peniaga roti john.

40. Laksa
Laksa Johor ke laksa penang? Laksa Johor susah nak buat kuah dia tapi kalau kuah sedap.. Tak payah telur rebus pun dah marvelous! Laksa penang lagi senang buat, guna sardin buat kuahnya. Kena letak telur rebus separuhlah sebab modal rendah pastu senang je nak buat laksa penang ni tak payah pening-pening.

41. Laksam
Tambah huruf m kat perkataan laksa jadi laksam. Macam laksa, laksam pun makanan berkuah jugak.  Kuah laksam ni rasanya berlemak sebab guna santan.

42. Popia
Sama ada popia basah atau popia goreng, dua-dua pun sedap. Pelbagaikan variasi, jangan jual popia sayur je. Tryla kepelbagaian inti popia. Boleh baca di sini nanti mana tahu dapat idea lebih baik. Kulit popia tu boleh jugak dibuat samosa. Jangan lupa mini popia pun ada permintaan.

43. Cakoi
Cakoi yang sedap rasanya lembut je. Kuah dia pun kena sedap barulah umph! Orang cina suka makan cakoi dengan bubur nasi.

44. Ubi
Ubi goreng? Ubi rebus? Sedap dimakan dengan sambal ikan bilis. Ada jugak orang makan ubi rebus cicah belacan gaul dengan ikan goreng atau ikan masin. Kat pasar pun ada je orang jual. Sambutannya? Ok!

45. Kentang
Kentang goreng yang biasa-biasa pun sedap. Orang siap jual kentang berpusing-pusing kat pasar malam. Kentang lecek senyum pun ada. Kentang rebus? Kalau nak jual yang frozen pun boleh jugak. Homemade frozen french fries! Buatlah bentuk shoestring, crinkle, straight, wedges dll.

46. Rojak
Rojak apa mau? Rojak petis? rojak asma? Rojak apa lagi boleh dibikin? Kuah dia memainkan peranan utama.

47. Belacan
Nak makan laksa johor kalau takde belacan rasa kureng je. Nasi ayam penyet pun kena ada belacan. Nasi kerabu pun nak belacan. Makan ulam pun sedap cicah dengan belacan. Permintaan belacan di Malaysia jangan dipandang rendah.

48. Keju
Otai jual pisang goreng cheese nak bekalan keju tak putus-putus kan? Otai burger ke, otai roti john ke atau otai-otai berniaga yang lain pun perlukan keju jugak. Try deal harga keju terbaik untuk dorang. Tak semestinya target peniaga je sebab orang tak berniaga pun ada yang suka makan keju. Dapatkan bekalan susu fresh dari ladang untuk buat keju. Keju pulak ada macam-macam jenis. Mozarella, cheddar, parmesan dll.

49. Madu
Kenapa orang lebih senang jual madu kelulut? Sebabnya lebah kelulut tak menyengat. Kalau lebah tualang atau spesis lebah liar kat hutan memang menyengatlah. Dulu susah nak dapatkan madu kat hutan. Sekarang orang siap bela lebah kelulut kat kebun je. Penjual dan pembeli madu sama-sama dapat manfaatnya. Dapat jual dapat untung, dapat beli dapat sihat!

50. Jamu
Kalau pandai buat jamu yang umphh..makan sendiri dulu untuk tengok hasilnya. Seandainya hasil ramuan jamu tu OK, barulah jual. Cari pelanggan yang nak tambah tenaga, langsingkan badan dan lain-lain khasiat yang ada pada jamu. Majoriti yang mencari jamu ni tak lain dan tak bukan ialah kaum hawa.

51. Asam
Makanan masam-masam pun ada permintaannya. Asam kecut, asam boi, asam girl, asam jawa, asam keping dll.

52. Jeruk
Ini pun makanan masam jugak. Bezanya dengan asam ialah jeruk ni makanan basah. Jeruk mangga mana? Jeruk masam-masam manis sedap..

53. Kerongsang
Target customer yang nak tambah perhiasan pada pakaiannya. Tudung zaman sekarang kan macam-macam pesen ada. Kalau di Malaysia, kebanyakan peniaga kerongsang cari kat pasar Filipin, Sabah. Kalau pandai buat sendiri, boleh jadi supplier kerongsang.

54. Topi
Topi ada macam-macam jenis topi. Topi keledar kira topi jugak ke?

55. Tudung
Tudung labuh, tudung shawl, tudung bawal, anak tudung, telekung dan macam-macam jenis tudung zaman sekarang ni. Jual tudung secara online atau offline atau kedua-duanya sekali pun boleh jugak.

56. Baju kurung
Target customer baju kurung ialah kaum perempuan. Macam-macam color dan macam-macam style baju kurung sekarang. Biasanya orang perempuan pakai baju kurung untuk sambut Aidilfitri, pergi majlis kahwin, maulid nabi, pergi dengar ceramah, pergi mengajar di sekolah tadika dll.

57. Songkok
Kalau dah terlalu lama, warna songkok tu nampak pelik sikit. Songkok tak semestinya dipakai untuk sambut raya je. Bakal pengantin lelaki nak nikah pakai songkok. Orang lelaki nak solat di surau atau masjid pun pakai songkok. Budak-budak lelaki sekolah agama pun pakai songkok. Songkok rendah? Songkok tinggi?

58. Ketayap
Kopiah atau ketayap adalah alternatif kepada kaum lelaki yang tak nak pakai songkok. Warna kopiah tak semestinya putih je. Macam-macam color ada.

59. Baju melayu
Sasaran pelanggannya ialah kaum lelaki. Tak semestinya tunggu raya Aidilfitri je baru nak pakai. Boleh pakai baju melayu untuk pergi solat jumaat, majlis maulid nabi, majlis nikah dll.

60. Jubah
Orang lelaki mahupun orang perempuan boleh pakai jubah. Tujuan pakai jubah ni untuk tutup bentuk badan seseorang terutamanya kaum hawa. Jangan jual jubah pelik-peliklah.

61. Baju sekolah
Setiap kali hujung tahun, majoriti mak bapak sibuk cari baju sekolah untuk anak-anak dorang. Cuba jual secara online untuk mudahkan dorang cari baju sekolah.

62. T-shirt
Asal sebut tshirt terus teringat kedai bundle. Kalau tak nak jual style bundle sehelai RM5 kena pastikan kualiti dia mantap. Barulah boleh jual harga tinggi sikit. Tshirt untuk baby, kanak-kanak, remaja, dewasa...lagi?

63. Kain pelekat
Bukan setakat orang tua je pakai. Budak-budak pyn palai kain pelekat lepas berkhatan.

64. Seluar pelekat
Kain pelekat yang telah diseluarkan maka jadilah seluar pelekat.

65. Butang
Siapa yang nak palai butang? Pengguna baju melayu, kemeja, baju sekolah..hmm.. Kena research lagi pasaran butang ni.

66. Cincin
Tak semestinya mesti jual cincin emas sebab modalnya tinggi. Cincin adda juga diperbuat dari besi, perak, plastik.... Plastik? Kalau ada permintaan, jual je lah cincin plastik.

67. Tuala mandi
Tuala lama kat rumah kalau lama sangat pakai, benangnya terkeluar-keluar. Lama-lama berlubang pulak tuala tu. Nak cari tuala baru ni macam-macam color dan saiz ada.

68. Sapu tangan
Sapu tangan ada yang nipis, tebal, kecik, besar dll. Selain jual perseorangan boleh juga ambil tempahan buat gift untuk tetamu majlis kahwin.

69. Minyak wangi tanpa alkohol
Kalau tau cara perah bunga untuk keluarkan cecairnya bolehla buat minyak wangi sendiri. Kalau pergi hypermarket atau shopping complex, banyak betul minyak wangi beralkohol. Minyak wangi tanpa alkohol? Kita musti pilih!

70. Stoking
Sarung kaki atau stoking boleh diluaskan lagi dalam kategori baby, budak sekolah, lelaki, perempuan dll. Stoking color pulak ada yang plain, stripe, polka dot, colorful dan macam-macamlah.

71. Kasut
Kasut sekolah, kasut sport, kasut pejabat..hah apa lagi? Kat Malaysia ni susah nak cari kasut saiz 12 ke atas. Kebanyakan kedai kasut jual saiz 11 ke bawah je. Persaingan kasut bersaiz 12 ke atas masih sikit so rebut peluang ni.

72. Selipar
Semua jenis selipar unisex? Contoh selipar jepun, lelaki atau perempuan takde masalah nak pakai. Tak timbul isu gender di sini. Itu selipar jepun.. Lain selipar lain pesennya.

73. Sandal
Rupanya macam separuh kasut dan separuh selipar. Ada orang lebih selesa pakai sandal berbanding selipar atau kasut. Sambut raya pakai sandal pun bergaya jugak.

74. Bedak sejuk
Bedak sejuk Mak Cun! Target utama produk ni ialah kaum perempuan. Mungkin boleh dikecikkan skop target kepada makcik-makcik. Terpulanglah pada cara dan gaya pemasaran bedak sejuk.

75. Dompet
Bukan semua jenis wallet ataupun beg duit muat simpan kat poket belakang. Dompet untuk perempuan saiznya besar sikit. Bila dompet dah lusuh atau terkoyak, orang mencari jugak dompet baru.

Pouch bag bernilai RM19.

76. Pouch bag
Kalau ada pouch bag, senang nak simpan barang-barang kecik. Contohnya smartphone, buku nota, pen, duit atau barang-barang kecik yang dirasakan sesuai simpan dalam pouch bag. Kalau boleh kocek kiri atau kanan buat simpan kunci kereta je.

77. Bekam
Mana tahu ada orang nak bekam sendiri kat rumah satu family? Mungkin juga tukang urut mencari alat ni sebab nak sediakan servis bekam untuk pelanggan dorang.

78. Lilin resdung.
Ada yang panggil rokok resdung atau corong resdung. Tahu tak banyak pengidap resdung mencari alat ni? Kalau tahu pembekal atau cara buat sendiri lilin resdung, target golongan pesakit resdung dan orang yang nak cegah penyakit resdung. Boleh jual online dan offline.

79. Kayu arang
Siapa yang nak guna kayu arang? Penjual sate, ayam percik, ikan bakar, tahu bakar..hah siapa lagi? Target golongan tersebut kalau nak jual kayu arang.

80. Pisau
Pisau peeler khas untuk kupas kulit kentang dan yang sewaktu dengannya. Itu baru satu contoh. Ada lagi kategori-kategori pisau lain untuk dijual.

81. Parang
Level up dari pisau. Kalau guna parang lagi senang nak potong ayam, lembu, kambing dan sebarang daging yang halal dimakan. Belah kelapa pun senang guna parang. Time dekat raya haji pun orang mencari parang untuk sembelih haiwan korban.

82. Handgrip
Alat genggam atau hand grip ialah alat senaman untuk kuatkan tangan. Jual beberapa hand grip dengan tahap bebanan yang berbeza. Ada hand grip 100lbs (40 kg lebih) dan ada juga beban setinggi 300lbs (140 kg lebih).

83. Anak pokok
Anak pokok apa yang biasa orang cari? Sediakan beberapa anak pokok sebagai pilihan. Kalau orang tanya anak pokok yang tak disediakan maknanya itulah anak pokok yang ada permintaan. Mungkin ada cara lain lagi untuk kaji pasaran anak pokok.

84. Buku
Acapan (pelakon/pelawak veteran) pernah jual buku kat sekolah masa takde offer berlakon. Kitab-kitab agama pun dalam kategori buku jugak. Pengajar dan pelajar-pelajar ponsok masih mencari kitab-kitab lama. Buku ABC dan buku mewarna pun masih ada permintaan. Buku apa lagi? Research and action!

85. Wiper kenderaan
Jual dan siap pasang kat depan bank pun OK jugak. Kalau dapat tempat strategik selain depan bank lagi bagus.

86. Powerbank
Sebelum jual secara besar-besaran, cuba dulu secara kecil-kecilan. Target pengguna smartphone dengan kapasiri bateri bawah 3000mah.


Bukan semua idea perniagaan tersebut memerlukan modal RM3000. Ada jugak yang bermodalkan RM2000 dan RM1000 ke bawah. Mulakan secara kecil-kecilan sebelum besar-besaran.

Ada jugak beberapa idea yang boleh digabungkan. Contohnya idea no 33 sesuai digabungkan dengan idea nombor 34. Idea nombor 10 pulak serasi digabungkan dengan idea nombor 14, 15, 16, 17 dan 18. Terpulanglah ikut kemampuan masing-masing sebagai peniaga.

Mungkin dalam 86 idea perniagaan yang dikongsikan ada yang tak relevan. Aku minta maaf atas segala kelemahan dalam entri ni.

Jemput baca idea-idea perkhidmatan di sini

2 comments:

  1. wahhh banyak nya...



    http://yanieyusuf.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada blogger lain bagi idea lagi banyak dari saya..

      Delete