Tuesday, June 2, 2015

Jualan murah perlu kebenaran KPDNKK

Kalau harga barang naik, salahkan peniaga tapi kalau peniaga turunkan harga barang kena denda pulak. Apa punya undang-undang ni?

Datuk Seri Hasan Malek
Barangsiapa yang nak buat promosi atau jual murah hendaklah dia dapatkan kebenaran dari KPDNKK. Kalau tidak...


Kena kompaunlah jawabnya!

Cuba baca petikan berita ni..

SEREMBAN - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengeluarkan kompaun serta merta kepada empat peniaga atas kesalahan gagal mempamerkan tanda harga dan mengadakan jualan murah tanpa kebenaran dalam operasi mengejut petang tadi.

Menterinya, Datuk Seri Hasan Malek yang mengetuai operasi tersebut berkata kompaun dikeluarkan kepada kedai perabot, kedai aksesori kereta, kedai barangan elektrik terpakai dan kedai runcit.

"Tiada lagi notis amaran akan dikeluarkan terhadap peniaga yang degil, sebaliknya tindakan lebih tegas menanti peniaga yang tidak mengendahkan amaran sebelum ini," katanya kepada media selepas selesai operasi tersebut.

Operasi selama dua jam yang bermula pada pukul 6.30 petang itu disertai 10 orang anggota penguat kuasa.

Beliau berkata kedai perabot dan aksesori kereta itu masing-masing dikenakan kompaun RM2,000 atas kesalahan mengadakan jualan murah tanpa kebenaran dan tidak mempamerkan tanda harga.

-------

Menteri KPDNKK

Berita selanjutnya boleh baca di sumber yang aku sediakan. Jangan tak percaya, peniaga tak boleh sesuka hati kurangkan harga barang. Lepas ni alasan peniaga tak turunkan harga barang sebab tak nak kena kompaun jadi pelanggan tak boleh minta kurang harga.

Peraturan untuk membanteras kenaikan harga barang melampau, tak letak tanda harga dan sebarang salah laku peniaga yang membebankan pelanggan memang aku sokong. Aku tak suka peniaga yang amik kesempatan ke atas pelanggan jadi memang golongan macam ni patut dikenakan tindakan. Habis tu kalau peniaga nak kurangkan harga sebab nak kurangkan beban pelanggan kenapa kena denda jugak?

Undang-undang menghalang peniaga mengadakan jualan murah tanpa kebenaran seolah-olah menggalakkan peniaga jangan turun harga barang. Kira baik untuk para peniagalah. Mungkin kerajaan nak bagi peniaga untung lebih dengan melaksanakan undang-undang pelik macam ni tapi para peniaga je yang tak perasan.

Takkan nak harap GST je untuk tambah ekonomi negara. Undang-undang pelik macam ni pun boleh juga tambah sikit-sikit untuk dana negara. Para peniaga digalakkan buat jualan murah untuk membayar kompaun sekaligus membantu negara dari segi ekonomi

Pening kepala peniaga dibuatnya ada undang-undang macam ni. Siapa punya idealah keluarkan undang-undang tak boleh jual murah tanpa kebenaran? Undang-undang yang sangat bijak! Selagi undang-undang hebat ni masih ada, rakyat Malaysia terutama para peniaga mesti berterima kasih!


p/s: Harga minyak dah naik 10 sen!

Sumber
KPDNKK keluar kompaun serta-merta
Penguatkuasaan rentas sempadan bantu KPDNKK

No comments:

Post a Comment

Komen yang baik dilayan dengan baik. Terima kasih.