Saturday, February 28, 2015

Accident Vannette dan Alza

Masa tengah niaga tepi jalan, tiba-tiba ada van Nissan Vannette merah dengan Perodua Alza hitam berdentum. Kedegang! Crash! Anggaran dalam pukul 9 pagi accident ni berlaku.

Polis(berpakaian gelap) datang ke tempat kejadian
Orang rumah aku kata, dorang nak claim insurance sebab tu panggil polis datang..

Betul jugak kan? Insurance kenderaan boleh cover kerosakan akibat kemalangan tapi mesti report polis. Biar polis sendiri tengok dan siasat kejadian accident tu.

Dari jauh tengok mula-mula ingatkan Myvi kena tolak
Teruk jugaklah remuk Perodua Alza hitam tu. Sampai tak boleh start enjin, polis dengan orang kat sana tolong tolak Alza tu ke tepi.

Van merah parking tepi jugak
Van vannete merah tu aku tengok boleh pulak gerak. Driver dia parking kat tepi, aku siap snap gambar van tu dari tempat niaga. Kemek belah kanan van tu tapi enjin still OK sebab boleh gerak lagi tu. Nampak barang-barang niaga kan? Tiba-tiba je iklan tempat niaga sendiri :)

Perodua Alza tu memang teruklah sampai kemek depan dengan tepi, lampu pun pecah. Van merah tu sepatutnya tunggu dulu kalau nak keluar sebab itu memang laluan Alza tapi apa boleh buat? Benda dah jadi...Dua-dua driver cina. Driver Alza perempuan, driver vannette lelaki.

Ada sesiapa lagi yang ada kat Jalan Pinang 1 kawasan kemalangan ni? Mungkin boleh bagi info lebih sikit pasal accident ni..

No comments:

Post a Comment

Komen yang baik dilayan dengan baik. Terima kasih.